Sunday, February 28, 2010

BBQ Party

Yeah! Akhirnya ini adalah !st event kami untuk tahun ni. Kudos Rekod Lusuh! Event ini adalah acara Gathering dan juga BBQ yang akan diadakan di Terminal Feri Minyak Beku tempat yang sama dgn event tahun lepas. Kami juga belum lagi memikirkan apakah lagu yang akan kami bawa pada acara ini. Insya'Allah tunggu kami disana!

Friday, February 12, 2010

Happy Chinese New Year!

We would like to wish all Malaysian A Happy Cinese New Year! May this year brings out the TIGER!

Tuesday, February 2, 2010

Hybernate

Lama tak update blog ni.

..................................................................................

Buat masa sekarang, kami sedang sibuk menguruskan hal rumah tangga masing-masing sambil meneruskan pekerjaan harian dan juga meneruskan minat kami dalam bidang muzik. Ha amacam? Ada beran? hahahahhahahahaha.

Sepatutnya minggu lepas kami praktis untuk memantapkan band untuk membuat proses recording. Oleh kerana drummer kami yang agak sibuk dgn persiapan dgn gig pada minggu ini dgn BOLD (yeah!) (oh yea kami sekarang menggunakan khidmat Faris dari Monochrome untuk bermain bersama kami) maka kami pun menangguhkan hasrat kami untuk praktis sementara waktu.

...................................................................................

Berita terbaru juga adalah dengan ini bahawasanya Encik Mohd Fairouz bin Omar@Uda tidak bersama kami lagi, tetapi kami senantiasa mengalu-alukan beliau dalam band kami. Tempatnya kini dikosongkan dan kini hanya tinggal Enul sahaja di posisi gitar. Manakala untuk posisi lain adalah kekal seperti adanya.

Kami juga kini menambah seorang lagi Line-Up band kami iaitu Encik Muhammad Salleh untuk mengisi posisi baru dlm band kami iaitu Keyboard & Synth. Kami berharap selepas ini arah tuju muzik kami akan membuat pembaharuan dlm arrangement lagu dan keseluruhan band ini.

Kami sedang mengusahakan untuk meninjau-ninjau seorang pemain drum (rekrut baru) untuk posisi drum. Beliau kini tidak bermain dgn mana-mana band baik ataupun jahat. Diharap beliau dapat memberi komitmen yang terbaik utk band.

Sekian terima kasih.